Pages

Thursday, September 1, 2016

Jogja Trip 2016: Day 1 (25/8/2016)

Assalamualaikum,

Rasa macam dah lama tak travel. Last bulan 5 hari tu. Huuu...meronta jiwa ni nak travel. Perjalanan kami kali ni lain sikit, biasanya berdua. Tapi sekarang ada sorang lagi dalam perut. Baru 4 bulan preggy kat rumah bukan main mengah aik time berjalan lupe penat & mengah sume. hehehehe... Biasa la dah nama berjalan kan.

Flight AK346 selamat mendarat di Bandara Adisucipto jam 11.20am waktu Jogja. Airport nye kecik je, tapi bersih dan beraircond macam baru je aku tengok. Toilet pon bersih sangat. Keluar je dari airport ktorang jalan kaki ke sebelah kanan jalan then terus je sampai nampak terminal domestik lepas tu belok kiri jalan menghala landasan keretapi. Depan sikit tu korang akan jumpa Halte Trans Jogja Bandara Adisujipto. Masuk je dalam dan bagitau destinasi korang. Nanti dorang akan bagitau bas no berapa. Destinasi aku ke Jalan Panjaitan, so kena naik bas Jalur 3B lepas tu transit kat Halte Gedong Kuning naik bas Jalur 2B then berhenti di Halte Museum Perjuangan. Bayaran Rp3.500 /per orang. Murah kan. Jimat dari naik teksi, if pergi ramai-ramai naik teksi la lagi senang boleh tong-tong.

First day kami check in di Guesthouse Rumah Panjaitan, bilik kami simple je katil queen dan aircond en suite bathroom. Kat sini ada jugak dorm. Untuk maklumat lanjut boleh refer kat sini . Apa yang best? Air panas & sejuk free sepanjang masa. So boleh topup botol air korang if nak berjalan mana-mana tak payah dah nak membeli air mineral lagi. Nak buat air 3 in 1 pon free 24 hour. Bila-bila boleh buat amek je kat pantry. Dapur gas dengan peralatan memasak sume disediakan, lepas masak kena basuh balik sume. Washing machine pon ade. If nak sewa scooter dorang ada sediakan 1 hari Rp65.0000 dan Rp70.000. Aku sewa kat tempat lain dapat scooter baru Rp60.000. Puas hati sebab scooter tu power boleh naik Kalibiru.

Hari ni memang ktorang xde planning ape-ape. Just nak rehat-rehat dalam bilik je. Kat bilik ni wifi punye lah laju. Syok je berinstagram, beryoutube sume.

Total Expenses first day:

Air Mineral+ gula beli kat airport: Rp34.200
Kartu Simpati 4giga: Rp65.000 mahal yer(biasa Rp50.000 satu simkad tu)
Makan Pecel Lele +Ayam Asam manis+ Es teh: Rp31.000
Sewa Scooter Beat 2 hari: Rp60.000x 2 hari
Minyak Pertamina: Rp20.000
Isi angin tayar: Rp4.000
Rumah Panjaitan: Rp351.000 (2 malam)



 

Template by BloggerCandy.com | Header Image by Freepik